admin
Ditubuhkan pada 11 Januari 1965 dengan nama Sekolah Menengah Rendah Changkat Jering dengan bahasa pengantarnya Melayu dan Inggeris.

Pelajar perintis berjumlah 219 orang dan tumpang belajar di SK Changkat Jering. Januari 1966 dipindahkan ke SRJK(C) Sin Min, Simpang.

Tahun 1967, bangunan tetap siap dibina di tempat sekarang.Keluasan sekolah ialah 5.14 hektar disumbangkan oleh YAB Allahyarham Encik Wan Mohamed Noor b Wan Nasir. Asalnya sekolah ini terdiri daripada 3 blok bangunan 2 tingkat (bangunan Bendahara,Temenggong dan Laksamana), sebuah gelanggang badminton dan sepaktakraw bersimen.

Tahun 1968, Sekolah Menengah Rendah Changkat Jering ditukar kepada Sekolah Menengah Tengku Menteri mengambil sempena gelaran yang diberi kepada Encik Ngah Ibrahim b Long Jaafar, iaitu bekas pemerintah jajahan Larut.

Tahun 1975, bangunan 3 tingkat iaitu blok Syahbandar dibina.Tahun 1980 surau didirikan dan tahun 1983 sebuah dewan serbaguna dan gelanggang simen bola keranjang dibina.

Tahun 1984, bangunan 1 tingkat yang mengandungi 6 bilik darjah dibina di bawah projek pasang siap. Sehingga 1995, sekolah ini mengandungi 6 blok bangunan.

Tahun 1993, bangunan lama SR Changkat Jering telah dibaik pulihdan dijadikan Muzium Sekolah dan dirasmikan oleh YBhg. Ketua Pengarah Pendidikan Malaysia, Dato' Dr. Wan Zahid b. Mohd Nordin.

Taun 1991, sekolah ini telah mencipta nama menjadi Sekolah Harapan Negara peringkat negeri Perak dan pada tahun 1993 menjadi Johan dalam Pertandingan Kebersihan & Keceriaan peringkat Kebangsaan bagi kategori sekolah luar bandar.Oktober 1995 sekolah ini mendapat kemudahan internet dan multimedia daripada Kementerian Pendidikan Malaysia
Labels: 0 comments | edit post
admin

Saya suka baca buku.betul.dulu mak selalu tegur saya suka sangat baca buku.masa zaman sekolah dulu pun,bila dapat buku yg saya suka, dah light's off pun saya baca gak.bila "light's off", lampu dorm kena padam, tinggal lampu koridor je. so saya pun baca dengan bertemankan lampu koridor tu - punyala malas nak turun ke study room kat bawah tu. akhirnya , saya kena pakai 4 mata la.
Masa zaman matrik, saya berkawan baik dengan Hani Kartika yang memang ulat buku.dari dia la saya kenal buku berbentuk motivation - Chicken Soup for the Soul. best buku nie. buku nie ada banyak jenis. yang paling saya suka - the chickensoup for the unsinkable soul.set buku ni bukanlah buku novel ke atau buku cerita, tapi merupakan kisah-kisah benar yang berlaku pada orang lain.banyak pengajaran dan menjadi inspirasi.salah satu cerita yang saya paling ingat - kisah seorang wanita yg suka selit bunga di rambut - macam orang zaman dolu-dolu.wanita nie adalah seorang korporat.tapi disebabkan stail dia yg suka pakai bunga kat rambut (bunga tu pun ikut stail baju dan occasion ), rakan sejawat pandang pelik kat dia, dok kutuk macam-macam kat belakang dia, tapi takde sorangpun yg berani tanya kenapa dia pakai bunga. tapi, satu pagi, wanita tu masuk opis tanpa bunga di kepala.si penulis tu pun tanya kenapa? wanita tu jawab, selama ni saya pakai bunga sebab saya teringatkan mak saya-dia selalu selitkan bunga di kepala saya tapi dia dah meninggal dunia akibat kanser.dia ada tinggalkan beberapa rakaman video untuk saya lihat setiap kali hari jadi saya.pagi tadi adalah rakaman video yang terakhir , dan dia minta saya tunjukkan satu tanda yang saya dah boleh berdikari.saya berfikir, dan akhirnya saya rasa saya patut tanggalkan bunga tersebut sebagai tanda saya dah boleh berdikari.so, apa pengajarannya? jangan suka-suka hati kutuk orang lain tanpa anda tahu situasi sebenarnya.orang lain dok kutuk-kutuk wanita tu pakai bunga tanpa sorangpun berani bertanya kat dia apa sebab dia asyik pakai bunga.rasa-rasa ada pernah terjadi kat diri sendiri tak?
Bila dah baca buku ni, saya terfikir gak.apa yang terjadi dalam hidup kita kadangkala tak seteruk dan sesusah orang lain.kadang-kadang kita rasa teruk sangat, kekadang sampai tension. tapi sebenarnya dugaan tu boleh kita atasi - caranya bertenang, berbincang dgn orang yg kita percaya.
Saya dah kumpul buku chicken soup nie dalam 6 buah - 1 saya bagi hadiah kat kawan - chicken soup for the teacher's soul. setiap bulan saya beli satu.tapi sekarang dah tak buat dah,dah tak sempat dan dah takde budget.
Saya ada sign up untuk buletin dr chicken soup nie. hari nie, ada artikel mengenai sakit jantung.
dan tahukah anda sebenarnya kebanyakan yg meninggal akibat sakit jantung, tak taupun yang dia ada penyakit tu dan tak menunjukkan apa-apa simptom.
Dalam artikel tu ada disertakan link untuk buat test samada kita ada kemungkinan ada sakit jantung atau tak.saya dah try, result akan dihantar ke email kita.nak try? cuba ke Simple Heart Test.memangla tak accurate, tapi sebagai langkah berjaga-jaga.manala tau.tambah-tambah kalau family kita memang ada history penyakit ni. mencegah lebih baik drpd mengubat , kan?

Inspirational quote:
The thousand mysteries around us would not trouble but interest us, if only we had cheerful, healthy hearts.
Friedrich Wilhelm Nietzsche
Labels: 0 comments | edit post
admin

siapa guru yang paling anda suka dan ingat sampai sekarang? banyak gak cikgu yang saya suka dan ingat.tapi seingat saya,semua guru saya memang merupakan guru-guru yang sangat dedikasi terhadap anak muridnya (kalu tak, tah kat mana la saya sekarang). malah ada antaranya telah pun kembali ke Rahmatulah (semoga roh mereka sentiasa dirahmati)
cabaran guru zaman sekarang memang sangat mencabar.antaranya, guru kena mahir dan master dalam ICT - kena up to date le kata orang.guru kena cari cara macam mana nak tarik minat pelajar untuk belajar (yelah, dunia di luar sekolah lebih menarik minat mereka - hiburan,internet dan macam-macam lagilah). saya sendiri pun cuba jugak up to date kan diri.adakalanya, rasa letih sangat, terkejar sana sini.mana nak urus rumah sendiri, urus PSS,urus P&P lagi, pendek kata semua tu nak kena buat dalam masa yang sama.kekadang rasa tak nak buat apa bila dah blank.tapi alhamdulillah, rakan-rakan banyak membantu.
kepada semua guru di dunia, samada guru rasmi mahupun tak rasmi, semoga anda menjadi guru yang bukan hanya mengajar, tetapi menjadi inspirasi kepada anak murid anda.
"Teachers are those who use themselves as bridges ,
Over which they invite their students to cross ;
Then having facilitated their crossing , joyfully collapse ,
Encouraging them to create bridges of their own"
admin
Hari sabtu lepas, beberapa orang pengawas PSS telah sama-sama membantu membuat pengubahsuaian ruang kaunter sirkulasi. pada asalnya ruang tersebut agak sempit dan sukar untuk bergerak.kesian gak tengok diorang bersempit-sempit duduk kat kaunter tu.lagipun saya bercadang untuk meletakkan satu mesin photostat kat dalam ruang kaunter tu.jenuh gak bebudak tu tolong angkat perabot.tapi akhirnya dapat juga besarkan ruang tu dan hasilnya nampak lebih selesa walaupun laluan masuk dah jadi sempit.
dalam masa yang sama,panitia bahasa inggeris turut mengadakan kelas tambahan PMR sebagai persediaan pelajar menghadapi peperiksaan pertengahan tahun.ramai juga pelajar yang hadir, kira penuhla ruang kat dalam pusat sumber tu.
admin
Labels: 0 comments | edit post