admin










Majlis : The Most Number Of Newspaper Articles Collected In A Day & Kemahiran Perpustakaan
Tarikh : 27 April 2011
Masa : 7.30 pg - 5.00 ptg
Tempat : SERATAS
Anjuran : Persatuan Pusat Sumber Sekolah-Sekolah Daerah Larut Matang & Selama
Peserta :
Mohamad Hakimi Mohammad Haidzir (3T1)
Nurin Anisa Mohd Sufian (2T1)
Nur Nadzirah Hashim (2T2)
Madihah Abdul Latif (3T3)
Nur Athikha Ismail (3T1)
Satinah Tajuddin (2T2)
Siti Hajar Abdul Hamid (2T1)
Nor Izzati Mohmd Zaini (2T2)

Matlamat :
1. memberikan bimbingan kepada pengawas pusat sumber supaya memperolehi ilmu asas berkaitan pengurusan pusat sumber sekolah
2. mencipta rekod "The Malaysia Book of Records" dalam kategori penghasilan fail tegak bermaklumat yang paling banyak di Malaysia

Aturcara : 7.30pg - 8.30pg Pendaftaran
9.00pg - 1.00thgr Penghasilan Fail Tegak
2.00ptg- 4.00ptg Pengenalan Buku/Pengkelasan Dewey/Proses Teknik
4.00ptg- 4.30ptg Majlis Penutup
admin



Sabtu, 23/4/2011 , para peserta kursus pada hari rabu 27/4/2011 datang ke PSS untuk buat persiapan untuk menghasilkan fail tegak. ada 8 orang peserta , saat-saat akhir seorang peserta terpaksa tarik diri kerana tarikh kursus tu bertembung dengan raptai sempena hari anugerah.
Para peserta mencari tajuk yang sesuai untuk dimasukkan ke dalam fail tegak masing-masing. nasib baikla semua rajin-rajin belaka dan dah ada pengalaman menghasilkan fail tegak (saya sendiri pun belum mahir tentang ni)
admin
3.0 Senarai Tugas Guru Perpustakaan dan Media
Bertanggungjawab kepada Pengetua/Guru Besar,Penolong Kanan Tadbir dan Kurikulum dalam merancang.menyelaras,melaksana dan mengambil tindakan susulan ke atas perkara-perkara berikut :

3.1 Guru Perpustakaan dan Media
1. Merancang dan mengajar Kemahiran Maklumat antara 6 hingga 8 waktu seminggu.
2. Merancang dan melaksanakan Dasar dan Program tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama-sama Pengetua/Guru Besar, Kakitangan Pusat Sumber Sekolah, guru dan murid-murid sekolah.
3. Merancang dan mengurus belanjawan tahunan Pusat Sumber Sekolah bersama AJK Kurikulum sekolah dan (AJK Kerja PSS).
4. Merancang perolehan dan pembinaan koleksi yang komprehensif, seimbang dan kemaskini.
5. Merancang dan melaksanakan program kemahiran maklumat dan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah yang dapat menyokong pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
6. Merancang dan mengurus program pembacaan (Program NILAM) dan pembudayaan ilmu.
7. Merancang, melaksana dan menyelaras program pembangunan staf dan program latihan dalaman berhubung dengan Pusat Sumber Sekolah.
8. Merancang dan mengurus program promosi Pusat Sumber Sekolah.
9. Bekerjasama dengan guru-guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran berasaskan sumber.
10. Berhubung dan bekerjasama dengan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Johor /PKG/ Perpustakaan Awam untuk meningkatkan perkhidmatan dan program Pusat Sumber Sekolah.
11. Menyedia dan mengurus bahan-bahan Pusat Sumber Sekolah.
12. Menyedia dan mengedar minit mesyuarat JK Induk Pusat Sumber Sekolah.
13. Memantau dan mengawal selia pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah.
14. Melaksanakan tugas semakan stok inventori peralatan Pusat Sumber Sekolah.
15. Mempromosi dan menjadi ahli Persatuan Perpustakaan / Pusat Sumber Sekolah Negeri.
16. Menjalankan penyelidikan /kajian tindakan berhubung dengan perkhidmatan Pusat Sumber Sekolah.
17. Menyediakan laporan serta analisis pelaksanaan pembangunan, pengurusan, program dan aktiviti serta kewangan Pusat Sumber Sekolah.
18. Menghantar data dan laporan pelaksanaan Program Pusat Sumber Sekolah khasnya Laporan Pusat Sumber Sekolah dan NILAM kepada BTP melalui PKG dan BTPN pada bulan April dan Oktober setiap tahun.

3.2 Bidang Umum
1. Menjalanan tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah dari semasa ke semasa.

Haa! Banyak tak tugas seorang GPM? 1- 18 tu ok la lagi. Yang bidang umum tu yang banyak, sebab ditulis - 'tugas-tugas lain yang diarahkan oleh pengurusan sekolah'. kena pihak pentadbir yang tak faham bidang tugas GPM, susahla sikit, banyak la tugas-tugas lain yang kena buat. Bagi saya , setakat nie alhamdulillah, tugas-tugas lai yang saya dapat tu masih munasabah.

Apa pun - Sabo je lah!
Labels: 0 comments | edit post
admin
Mesyuarat Jawatankuasa GPM Kelompok Zon Simpang Kali 1/2011
Tempat : PKG Simpang (di SK Matang, Taiping, Perak)
Masa : 2.30 petang

Ini adalah mesyuarat pertama yang saya hadiri melibatkan GPM dari sekolah-sekolah lain sekitar Zon Simpang. Dapatlah bertemu dengan rakan-rakan yang sama kerja macam saya. Menurut pengerusi, En. Megat, tahun ni banyak GPM baru, boleh dikatakan hampir separuh (termasukla saya)

Banyak perkara yang dibincangkan, daripada hal-hal kerja sehinggalah perbincangan masalah-masalah yang dihadapi oleh GPM terutama GPM baru.Bila kita dah dengar masalah orang lain, terasa bersyukur sangat sebab sebenarnya situasi kerja saya sebenarnya senang berbanding rakan-rakan lain. Kerja akan senang jika rakan-rakan guru dan staf-staf di sekolah turut membantu.Yang paling penting, urusan membeli keperluan untuk PSS seperti pembelian buku, untuk keceriaan dan sebagainya. Ada rakan GPM yang menghadapi masalah dengan pentadbiran dalam urusan pembelian bahan-hanya boleh beli buku sahaja, nak beli plastik pembalut pun tak boleh. tak ke pelik tu? habis, macamana nak balut buku? Sebenarnya ada garis panduan untuk GPM membuat pembelian - bahan apa yang boleh , apa yang tak boleh.Peruntukan yang PSS dapat memang banyak, dan perlu diagihkan mengikut keperluan.

Mesyuarat tamat 4.45 petang. ada jamuan di kantin.Then terus pegi ambik si adik. Nasib baik dia tak komplen. Kalau tak dia akan cakap - "Ibu ambik lambat!" Nak kata apa?
admin
Alhamdulillah pada hari Sabtu 2 April 2011, bertempat di Pusat Sumber SMKTM, telah mengadakan mesyuarat kali pertama bagi memulakan penerbitan buletin bagi SMKTM.
Berikut adalah AJK yang hadir :
1. Norsafina binti Ahmad (3T2)
2. Noratiqah binti Samsudin (3T2)
3. Madihah bt Abdul Latif (3T3)
4. Noor Zharifah bt Mohd Noor (4SC2)
5. Mohamad Hakimi b Mohamad Haidzir (3T2)
6. Mohamad Amirul b Alias (2T1)
7. Nurin Anisa binti Mohd Sufian (2T1)
8. Ainatul Syafiqah binti Azmi (2T1)
9. Satinah binti Tajudin (2T2)
10. Nur Nadzirah binti Hashim (2T2)
AJK yang tidak hadir :
1. Nur Aimuni binti Halim (3T1)
2. Nursyahirah bt Roslan (4SC1)

AJK diminta mencari nama yang sesuai bagi buletin tersebut.
4 unit telah ditubuhkan iaitu
1. Wartawan & Promosi : Nursafina,Nur Aimuni,Madihah
2. Fotografi & Grafik : Hakimi, Amirul, Ainatul, Nurin
3. Karya Pelajar : NurAtikah, Satinah
4. Minda kreatif : Nur Zarifah, Nursyahirah

Setiap unit diminta menyiapkan tugasan masing-masing sebelum 15hb April.
Semoga buletin pertama ini dapat diterbitkan hujung bulan ini.
Labels: 0 comments | edit post
admin

sibuk betul sejak dapat keje baru nie.macam2 nak buat.suasana kat sekolah sekarang nie pun memang sibuk.sebelum nie sibuk exam (cikgu sibuk buat soalan, student sibuk jawab soalan). lepas exam, sibuk tanda paper lak.lepas tu sibuk untuk persiapan Majlis Anugerah Cemerlang Akademik lak - tahun nie kena buat buku program (first time kena - takpe, anggap sebagai cabaran,dah orang percaya kita boleh buat).Sekarang dah masuk April-sibuk nak data Nilam,tak buat apa pun lagi sebab data belum cukup.Minggu nie pulak akan ada banyak meeting post portem peperiksaan dalaman dan SPM.Hari nie, Sabtu, ada meeting dgn student yang jadi sidang redaksi untuk buletin.nie first meeting, baru nak buat buletin.Harap-harap menjadila plan nak terbitkan buletin tu.Hari Rabu ada meeting kat PKG lak.Hari Jumaat@Sabtu lak ada merentas desa.Majlis Anugerah Cemerlang Akademik tu lak hujung bulan nie.Pendek kata,semua orang sibuk bulan nie.
Keje banyak ke,sikit ke,kalau kita minat dengan kerja kita, insyaallah tak kan rasa tension,betul tak?