Minggu ini merupakan minggu Kem Membaca 1 Malaysia (KM1M) .
Alhamdulillah , majlis pelancaran secara ringkas telah dapat dijalankan semasa perhimpunan mingguan. Selepas perasmian oleh tuan pengetua, Nur Illiana daripada kelas 3T1 telah membacakan sebuah sajak bertajuk 1 Malaysia. Kemudian program 10 minit Jom Baca dijalankan dimana semua pelajar serta guru sama-sama membaca di tempat perhimpunan selama 10 minit. Majlis diakhiri dengan nyanyian 2 buah lagu iaitu Membaca Gaya Wawasan dan 1 Malaysia.
Pelbagai program telah diatur sepanjang minggu ini dan kebanyakannya melibatkan pelajar Tingkatan 3.
Diharapkan program sebegini dapat dijalankan dengan lebih meriah pada tahun hadapan.
Selepas pelancaran
kedudukan baru ruang senggang dan kaunter sirkulasi.
hanya bertukar tempat tapi memberi kesan dan impak yang besar.
Berikut adalah keputusan pemenang bagi kuiz Sudoku yang telah disiarkan dalam Buletin Menteri Edisi 2 Ogos 2011 baru-baru ini.
Sesi pagi : Shalini (5Sc1)
Sesi petang : Lim Swee Jet (2T1)
Masing-masing menerima hadiah seutas jam tangan
Tahniah di ucapkan kepada pemenang.
yang nie untuk Shalini
yang ni pulak untuk Lim Swee Jet
cantik tak?
Harap-harap selepas ni, sambutan akan lebih menggalakkan dan warga SMKTM akan lebih berminat membeli Buletin Menteri dan menyertai kuiz di dalamnya.
p/s : semalam saya nampak salah seorang penerima hadiah tersebut memakai jam yang diterimanya ;) ;)
Berikut adalah keputusan pemenang bagi teka silangkata yang telah disiarkan dalam Buletin Menteri Edisi 1 Julai 2011.
Sesi pagi : (5Sc1)
Sesi petang : Mohd Shakil (2M1)
Masing-masing menerima hadiah pen drive 4GB.
Tahniah di ucapkan kepada pemenang.
CIUM ANAK DAPAT PAHALA.
by Blog Teh Secawan on Friday, July 1, 2011 at 8:02pm
Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.
Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak. Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.
Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.
Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan. Aqrak berkata; "Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium." Sabda Nabi SAW; "Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi."
Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
Seorang lelaki bertanya; "Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?"Jawab baginda; "Berbaktilah kepada ibu bapamu." Kata lelaki itu lagi; "Ibu bapaku sudah tiada lagi." Sabda Nabi SAW; "Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu."
Wallahualam
(p/s : hari ni dah berapa kali?
alhamdulillah , dapat juga buletin menteri edisi 2 bagi bulan ogos dikeluarkan dan dijual.betul gak, bila dalam pressure (time constrain), saya tetapkan date line pagi nie untuk siapkan - kita boleh buat. bila kita letak date line tu lambat lagi atau masa panjang untuk buat, kita akan rasa berat dan asyik bertangguh sebab rasa lambat lagi.tapi bila terdesak, boleh aje sebenarnya.dalam 2 hari je dah boleh siap.
untuk kali kedua ni, cuma marketing lain sikit. kalau edisi 1 dulu, AJK buletin jual dari kelas ke kelas, kali nie bukak meja@kaunter kat depan koperasi, antara tempat laluan yang paling sibuk la kat sekolah ni. alhamdulillah, lepas jualan tadi dah boleh balik modal. kalau takde apa, esok boleh cuba jual lagi.
terima kasih kepada yang banyak memberi sokongan (samada yang beli ataupun tidak).
tapi, betul tak kalau saya katakan - orang kita nie, kalau bab membeli bahan bacaan memang sayang duit. tapi kalau bab beli kad top-up, ada lak duit.pendek kata, bab membeli bahan bacaan nie memang bukan budaya kita.tak percaya, cuba masuk rumah (kita atau kengkawan/sedara).apa yang kita nampak? yang pasti tv, radio, kengkadang boleh kalah panggung wayang.ada nampak rak buku yang penuh dengan buku? kalau ada pun rak, penuh dengan pinggan mangkuk hiasan (yang sayang nak guna). saya suka tengok afc kat astro 703, ada satu rumah chef tu, dari living room, ke dining sampai ke dapur penuh dengan rak yang sarat dengan buku.
apa kata anda? budaya membaca belum betul2 menjadi budaya kita...
Misi PSS SKMTM adalah untuk memastikan bahawa pelajar , guru dan kakitangan sekolah merupakan pengguna idea-idea dan maklumat berkesan.
Misi Media PSS merentasi beberapa objektif khusus :
1. untuk menawarkan kemudahan dan laluan interaktif kepada maklumat
2. untuk menawarkan kemudahan dan laluan fizikal kepada maklumat
3. untuk menawarkan kemudahan pengalaman belajar yang menggalakkan pengguna menjadi pelanggan yang pelbagai dan mencipta maklumat yang mahir
4. untuk menawarkan kepimpinan, pengajaran dan bantuan rundingcara dalam penggunaan teknologi maklumat dan pengajaran
5. untuk menawarkan sumber-sumber dan aktiviti yang dapat menyumbang kepada pembelajaran sepanjang hayat
6. untuk menawarkan kemudahan yang berfungsi sebagai Pusat Maklumat Sekolah
7. untuk menawarkan dan membekalkan sumber-sumber dan aktiviti-aktiviti pengajaran
manusia boleh menjadi begitu kreatif
nie antara ringkasan apa yang berlaku semasa program kreativiti dan inovasi hari tu
yang saya tengok kat website
Yayasan Inovasi Malaysia
nampaknya hari nie (21 Julai) adalah hari terakhir program nie.pagi nie, mula dengan pembentangan kumpulan mengenai projek P&P Inovatif. setiap kumpulan diberi masa selama 10 minit.nampaknya cikgu-cikgi sangat kreatif - masing-masing ada pelbagai cara dan kaedah untuk menghasilkan P&P berkesan dan inovatif,menggunakan ICT dan yg penting berpusatkan murid - ada guna blog, emel, guna fb pun ada, video dan macam-macam lagila. habis slot pembentangan nie, break jap, minum pagi.then sambung balik untuk sesi rumusan dan pemberian tugasan untuk dijalankan bila balik sekolah nanti.
alhamdulillah hari nie (20 Julai) masuk kedua.hari nie ada slot dengan penceramah dari Yayasan Inovasi Malaysia, En Muhamad Aziph Mustapha.slot nie mula dari pagi, pkl 10pg then ada break tengahari, sambung balik pkl 2 sampai pkl 5ptg.banyak input yang saya dapat drpd ceramah beliau, kekadang benda-benda yg tak terfikir oleh kita.
punyala letih hari nie! start dari pukul 4.30pg sampaila pukul 4 tadi, nie barula boleh rest sebab dah check in kat hotel.kalau ikutkan, dah tak perlu pegi sekolah pagi tadi, tapi disebabkan ada kerje dan urusan yang belum diselesaikan, saya pegi la sekolah jap sampai pukul 10.30pg.lepas tu kelam-kabut pack barang masuk dalam kete (nasib baik la hubby yang hantar - thanks darling) , pkl 12tghr ambil dua beradik tu kat taska, hantar si kakak pegi sekolah (dia sekolah petang), then hantar si adik kat rumah atuknya, letak barang2 dia, pujuk dia jap (sebab nangis nak ikut, nangis kejap je), tup-tap tup-tap, pukul 2 ptg baru gerak ke penang.
sebenarnya saya ke penang nie sebab ada mesyuarat/taklimat Program Kreativiti dan Inovasi Guru Sekolah Pemangkin Zon Utara dari hari nie 19 Julai sampai 21 Julai.
kesian gak, tinggalkan si dua beradik (esp abahnya ;) ), tapi dah keje, kenala kan. lagipun , kalau asyik keje kat sekolah je, tak keluar-keluar, boring gak - silap-silap saya jadi macam katak bawah tempurung ;)
5 & 6 Julai lepas, saya hadiri kursus eduwebtv 2.0 di PKG Simpang mulai jam 8.30 pagi hingga 4.30 petang.
saya pernah hadiri in house training kat sekolah beberapa tahun lepas, tapi version lama.lepas kursus tu, ada gak saya try guna tapi tak berapa menarik, agak susah nak tengok video dalam tu dan tak banyak benda yg boleh saya guna. tapi version baru nie, much better la.boleh buat playlist sendiri, so pelajar boleh acsess kat mana2.then boleh lak upload video kita dan juga soalan exam - kira boleh share la dengan semua.
tapi apapun, lepas balik training yg macam nie, ada satu lagi keje yg kena buat - kena buat in house training kat cikgu-cikgi kat sekolah lak.emm... , camno? kita kenala master dulu baru la boleh ajar orang , kan?
Pada petang Jumaat lepas, 1 Julai 2011, kumpulan GPM (guru perpustakaan dan media) dari kelompok Zon Simpang telah dapat mengadalan lawatan benchmarking - penanda aras ke PSS Sk Taman Jana. alhamdulillah, setelah sekian lama saya dok berangan nak masuk ke sekolah ni untuk tengok sendiri PSS sekolah (saya selalu lalu depan sekolah SK Taman Jana nie bila nak ke kamunting) akhirnya dapat jugak.
Rombongan kami tiba lebih kurang jam 2.30 petang.kami diberi sedikit taklimat oleh tuan rumah dan tuan tanah di bilik gerakan yang cukup cantik. kemudian dibawa melawat ke bilik-bilik khas dan sudut-sudut khas.dan akhirnya dibawa masuk ke PSS.
Pendek kata, tak dinafikan lagi Sk Taman Jana memang layak mendapat dan mengekalkan anugerah PSS cemerlang selama dua tahun berturut-turut.
Banyak juga yang saya dapat pendedahan drpd lawatan nie. Nampakla sikit apa yang perlu dibuat dan ditambahbaik di PSS sendiri nanti - dan memang banyak rupanya!
Apapun, terima kasih kepada semua warga SK Taman Jana yang sudi menerima kunjungan kami ni.